Thursday, July 10, 2008

4 julai 2008: PICC

Alhamdulillah, Allah sentiasa memakbulkan doa orang-orang yang berniat baik dan ikhlas. Atas doa dan usaha semuanya dapat digapai dengan mudah. Allah memang Maha Pemurah. Doalah dan berusahalah, itulah satu pengajaran yang Allah ingin sampaikan atas kemenangan ini. Usaha seorang insan yang tak pernah mengerti penat lelah dan berbuat apa sahaja dengan ikhlas membuahkan satu kejayaan yang kecemerlang. Terima kasih Dzul Fadli, itulah nama yang tak akan padam dari ingatan saya dan saya memohon kemaafan atas segala kekurangan saya kernan jasanya sukar dibalas dengan wang ringgit apatah lagi dengan ucapan terima kasih. Terima kasih sekali lagi kepada Dzul Fadli yang tidak pernah berasa penat menabur bakti. Allah yang akan membalas jasa bakti, moga dilimpahi kesihatan yang baik dan kejayaan kecemerlang dalam pelajaran. Terima kasih kepada Afiq, Sham , Mustaqim dan Izlan. Tanpa kekuatan menghadapi duri dan onar dalam perjuangan ini kejayaan yang cemerlang dan gemilang sebegini tak mungkin tercapai. Terima kasih sekali lagi dan kemaafan jua saya pohon sekali lagi. Kelemahan yang ada amat dikesali. Hanya kamu semua yang faham akan maksud saya ini. Hati saya setuju dengan Fadli, kenangilah yang manis2 buang yang pahit. Redha apa yang terjadi dan biarkan yang buruk mengalir pergi. Tidak dilupakan jasa baik Cg Ali, walaupun dalam praktikal, sudah menunjukkan komitmen yang tinggi sebagai seorang guru. Teruskan sikap yang baik ini. Terima kasih Cg Ali dan Sarah yang turut sama memberi sokongan dalam kemenangan ini . Akhir kalam, semuga kita semua berjaya menempuh badai gelora dan all the best untuk semua.

Parawisata



Di puncak gunung berapi Tengkuban Perahu, Bandung, Indonesia.
Sepetang yang nyaman dan santaiPosted by Picasa
Melancong dan shopping di Bandung, Indonesia. Pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.
Posted by Picasa

Saturday, May 31, 2008